Sunday, February 1, 2009

SCORE

SCORE (Sarawak Corridor Of Renewable Energy) telah dilancarkan di Bintulu pada tahun 2008 sebelum pilihanraya umum ke 12 oleh Abdullah Ahmad Badawi.   Difahamkan SCORE mempunyai visi dan misi untuk mewujudkan 1.6 juta peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Sarawak menjelang tahun 2030 dan seterusnya dapat menaikkan taraf kehidupan rakyat di kawasan yang terbabit.

Namun, sehingga hari ini, sudah hampir setahun berlalu semenjak pelancaran SCORE, belum nampak tanda tanda program tersebut akan dilaksanakan.   Apakah kita perlu menunggu selama 5 tahun lagi untuk menikmati hasil daripada program tersebut, iaitu apabila menjelang pilihanraya yang seterusnya, PRU ke 13 nanti?

Nampaknya, kerajaan ingin menjadinya sebagai platform bagi mengabui mata rakyat serta menarik undi rakyat.   Mungkin kerajaan BN sudah tidak ada isu lagi.   Kita sebagai rakyat biasa yang langsung tidak ada pengetahuan tentang hal ini tentu akan percaya 100% kepada manifesto tersebut.   Kenapa mengambil masa yang begitu lama untuk memulakan perlaksanaan program tersebut, sedangkan kerajaan BN hanya ada masa selama 22 tahun untuk mencapai matlamat 2030?

Apabila sampai waktu untuk memilih kerajaan yang baru nanti, sudah tentu kita akan menconteng lambang dacing lagi kerana takut program tersebut tidak dapat diteruskan dan tidak diberi peruntukan untuk menjalankan pembangunan.   Seperti lazimnya, selepas habis pilihanraya, kita akan kembali sebok mencari nafkah dan sudah pasti akan lupa akan manisfesto tersebut, sehinggalah tiba masa pilihanraya yang seterusnya.   Begitulah dari dulu sehingga sekarang tidak ada perubahan pada amalan kerajaan BN.

No comments:

Post a Comment