Saturday, January 31, 2009

Kita perlukan perubahan - Dalat/Oya/Mukah/Balingian

Adakah anda berpuas hati dengan keadaan dan pembangunan di kawasan anda? Apakah yang ada di bandar anda? Adakah cukup peluang pekerjaan seperti di bandar bandar lain? Dengan kata lain, apakah yang telah dilakukan oleh wakil rakyat di kawasan anda untuk menaikkan taraf kehidupan rakyat di kawasan anda? Saya rasa tidak banyak yang telah disumbangkan atau dilakukan oleh wakil rakyat anda. Sudah 2 kali pilihanraya, wakil rakyat anda menang tanpa bertanding. Mungkin disebabkan hal tersebut, wakil rakyat tersebut tidak ambil peduli untuk menjalankan tugas beliau dengan baik. Nampaknya, beliau sedang tidur nyenyak dibuai mimpi.

Kawasan Dalat/Oya/Mukah/Balingian adalah kawasan "comfort zone" bagi BN. Jika seekor anjing diletakkan di kawasan tersebut atas tiket BN untuk bertanding dalam mana mana pilihanraya pun boleh menang dengan majority besar.

Nampaknya, pemikiran rakyat di kawasan ini masih cetek dan konservatif. Mereka takut menempuhi perubahan, perubahan dari segi pemimpin. Mereka terlalu selesa dengan kehidupan yang dipinggirkan. Sikap rakyat yang tidak ambil peduli menambahkan kemalasan wakit rakyat.

Minda rakyat kelas bawahan yang telah ditekan oleh kerajaan BN selama bertahun tahun yang lepas akan mengambil masa yang lama untuk berubah atau dipulihkan. Bagi mereka, lambang dacing adalah segalanya, tetapi mereka tidak sedar bahawa mereka telah dipinggirkan dari segi pembangunan dan peluang kehidupan yang lebih bermutu tinggi.

Saya berasa kasihan dan kecewa melihat anak anak muda generasi baru pun turut terikut ikut dengan minda kelas bawahan ini walaupun mereka lebih terpelajar. Saya berharap anak anak muda ini dapat bangkit mewakili generasi baru untuk menghentikan penindasan tersebut dan keluar dari perangkap penipuan korporat kerajaan BN.

Kita memerlukan beberapa intelek intelek muda untuk merintis jalan ke arah pembebasan tersebut. Tetapi di manakah mereka? Berapa ramai kah intelek intelek muda tersebut yang sanggup mengorbankan kerjaya mereka demi membela nasib anak bangsa sendiri?

Terdapat juga beberapa percubaan anak anak muda setempat dalam pilihanraya yang lepas untuk memecah monopoli kerajaan BN, tetapi semuanya gagal. Sudah pastilah kegagalan ini berpunca dari kekuatan BN yang senantiasa memanipulasikan minda rakyat kelas bawahan dengan janji janji kosong mereka. Tetapi sekarang tengoklah, siapa yang rugi. Sudah tentu rakyat sendiri. Rakyat tidak mendapat balasan yang setimpal dengan kesetiaan yang ditunjukkan oleh mereka selama ini.

Jadi sebagai rakyat yang menderita dan tertindas, kita perlukan perubahan. Kita benar benar memerlukan perubahan dari segi kepimpinan supaya kita dapat menikmati pembangunan yang sewajarnya kita nikmati. Bagaimana caranya kita boleh mencapai impian tersebut? Cara nya mudah sahaja, kita cuma perlu membuat pilihan yang tepat pada pilihanraya akan datang dan membuat perubahan drastik.

No comments:

Post a Comment